Wanita Ini Nekad Masukkan Teman Lelakinya Ke Dalam Beg Pakaian, Alasannya Mengejutkan!

Posted on

Seorang wanita asal Venezuela ini nekad memasukan teman lelakinya ke dalam sebuah beg pakaian bersaiz besar, alasannya kerana ia ingin teman lelakinya itu keluar dari tahanan penjara Puente Ayala, di Venezuela. Mereka hampir berjaya lolos, namun penjaga telah mencurigainya selepas melihat wanita tersebut kesusahan membawa beg yang dibawanya itu.

Wanita bernama Antonieta Robles Souda (25) itu tiba di penjara Puente Ayala, Barcelona, ​​Venezuela, pekan lalu untuk melawat teman wanitanya Jose Antonio Anzoategui, yang sedang menjalani hukuman 9 tahun 8 bulan atas kecurian kereta, seperti di lansir dari Odditycentral.

Pada masa itu, Souda membawa seorang kanak-kanak berusia enam tahun dan membawa beg pakaian bersaiz besar berwarna merah muda. Sebelumnya, Souda dan Anzoátegui memang merancang untuk melarikan diri dari penjara bersama-sama, mereka ingin berkumpul bersama lagi untuk menjadi sebuah keluarga yang bahagia.

Aksinya nya memang kelihatan tidak mencurigakan, pasalnya Souda berjalan dengan santai sebari membawa koper tersebut. Namun, ketika wanita bertubuh kecil itu ke susahan membawa koper tersebut para penjaga langsung menyelidikinya.

Hingga akhirnya, Souda diminta untuk membuka koper itu oleh para penjaga untuk menyemak isi kandungannya. Setelah dibuka ternyata dalamnya ada José Antonio yang kelihatan sedang meringkuk seperti manusia getah profesional dan ditutup dengan pelbagai pakaian.

Kakitangan Puente Ayala langsung menggiring Jose kembali ke dalam sel, sementara Souda ditahan untuk memberikan penjelasan berkaitan kelakuanya itu dan putri yang dibawanya kini dalam rawatan perkhidmatan sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *