Skype Call Dengan Puaka

Posted on

Ni mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan? Aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah apa2 pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.

Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple,

Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.

Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang2 kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk.Tapi kawan aku ni relax je.

Dah bermalam2 kot dia online waktu2 ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.

Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..

Dia duduk menghadap laptop balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek tanya..

Tiba2 kawan kitorang lg sorang tu terbangun dr tidur, katanya nak terkencing maklumlah sejuk kan. Nama dia zarul (bukan nama sebenar) eh jap lupa nk bgtahu yg nama kawan aku yg dok skype ni aiman (bukan nama sebenar). So aiman tu tanya lah balik kt awek dia tu “Eh you jangan main2, sbb dalam rumah i ni mana ada org main guitar”. Awek dia diam je, tk tahu la kan mungkin dia terkejut or saja nak kenakan si aiman ni. Pastu zarul pun dah melepaskan hajatnya then masuk ke bilik. Pastu dia ckp apa tau kat aiman “Weh kau pahal hadap laptop kau lama gila, dah la tk on pun, aku perati je kau dr tadi, pastu kau ckp sorang2 pulak tu

Aiman ni dgn muka terkejut dia pun pandang balik laptop dia, mmg betul2 laptop dia tk on. Peluh mengalir kt dahi walaupun cuaca sejuk. Aiman ckp dalam hati “habis tu dgn sapa pulak aku skype tadi ni aduh” Dgn takut2 aiman on laptop dia, yelah mana tahu laptop ni ter off sendiri pulak kan, lepas dah on tu dia bukak skype, dia tgk eh awek dia tk online pun. Makin terbelit belit otak aiman ni memikir. Tiba2 rumah blackout..

Si aiman ni apa lagi, tanpa fikir panjang terus lompat atas katil, takut sgt kan. Budak2 lain semua tidur mati, cuaca sejuk kan selesa je tidur. Dgn keberanian yg tinggal 20% tu, dia pun bawak torch light (pakai phone je) then dia nak pergi on swis elektrik tu. Tgh otw ke swiss tu tiba2 lampu kt phone tu terpadam pulak, “aduh time2 camni lah kau nak off” tak pasal2 dia marah phone dia, rupenya ada org call phone dia. Hek eleh buat suspen je. Dia tgk sapa lak call dia time2 camni, rupenya Zarul. Eh ? Aiman pun angkat call tu. “weh man, kau nak apa apa tk ? aku kt kedai makan bawah ni”

Bulu roma aiman semakin tegak berdiri.. “Tenang man” aiman ckp kt diri sendiri dgn nada berbisik. “Weh man kau dgr tk apa aku ckp tadi ?” bebel si zarul. Aiman tersentak, “eh zarul bukan ke kau dkt dalam bilik?” lama jgk aiman tggu si zarul ni respon, rupenya bateri phone aiman habis pulak, time2 ni la kau nak buat hal Nak pergi cas takut la pulak. Tiba2 angin bertiup kuat semula, bulu roma tkyah ckp la memang meremang dr tadi. Satu2 surah dia baca utk menhindar drpd gangguan. Tapi yg peliknya kawan yg lain tidak menunjukkan tanda2 yg akan terbangun dr dibuai mimpi. Yela dalam rumah ni ada 4 org. 2 bilik, so 1 bilik dua org duduk. Si aiman ni satu bilik dgn zarul. Okay sambung, nk turun bawah lagi la dia takut, nak kena tggu lift lagi, mana la tahu ada benda lain pulak dalam lift ni ish ..

Sebab dah takut punya pasal “ah pasang lagu je la, mungkin settle la kot” bebel si aiman. Dia pun scroll2 lagu kt ipod dia, yelah nk pasang kt phone bateri habis pulak. Lupa nak bgtahu, masa ni aiman kt ruang tamu, sbb dia dah tersangkut kt situ, nak masuk bilik takut, nak turun bawah pun takut hm apa pun tk boleh. Ok tgh scroll ipod dia ternampak satu lagu (Coldplay-The Scientist) dia pun play. Sambil play tu dia pun nyanyi skali “Come up to meet you, tell you i’m sorry, you don’t know how lovely you are” haha takut punya pasal kan. Tiba2 si aiman ni tk ingat lirik, dia pun stop la nyanyi, pastu ada suara sambung “i had to find you, tell you i need you” (sambungan lagu coldplay) pastu ending ada org gelak2..

Ya Allah! Itu je yg aiman mampu lafazkan, tiba2 ada org ketuk pintu. Nak buka ke tak hm menggeletar tangan aiman nak buka pintu.”Ahh apa nak jadi jadi lah” Zup! Dia pun terus buka pintu. Finally! zarul kat depan pintu. Aiman terus peluk zarul, zarul terkaku jap.” Kau pahal ni man ?! Dgn peluh2 nya, nampak hantu ke apa ?” tanya zarul.” Weh aku dah tk tahan la kena kacau, dah la aku nampak kau kt dalam bilik tadi, pastu tahu2 kau call ckp kat bawah pulak” tercungap2 aiman bgtahu zarul. Muka zarul masa tu dah pucat dia diam je.” Eh kau pahal pucat ni ? aku kena kena kacau kau yg pucat ?” Zarul pun bersuara “Kau ckp aku call kau ? Aku tk bawak phone, phone aku cas kat bilik tu la”masing2 apa lg terus lari masuk bilik tidur. Keesokan harinya, Aiman buka laptop dan terus skype awek dia, dia pun tanya ” Semalam kita ada skype kan? Tapi kenapa you terus offline masa you ckp ada org main guitar tu” awek dia ckp “eh semalam kan i pergi camping dgn family i, you dah lupa ke ? I tk bawak laptop la” masing2 membisu dah pandang sesama sendiri. Tiba2 ..

Tiba2 handphone aiman bunyi.” Eh asal zarul ni call?” Aiman pun tekan button hijau ” Man, kau keluar skrg, jgn ckp apa apa, kau keluar je” balas aiman “kau pahal ni rul ? aku tgh skype dgn awek aku la ” Zarul tengking tapi tkda la tengking mana pun “Aku ckp keluar, keluar je lah, aku depan rumah ni” balas aiman ” hm yelah kau sabar jap” Aiman tergesa2 bangun dari meja belajar dia, tapi sebelum tu sempat lagi dia flying kiss kt awek dia dlm skype tu. Awek dia senyum je. Aiman jalan ke pintu rumah, bila dia buka je ..

Bila dia buka je pintu tu, dia nampak zarul kt depan tu. Aiman ckp” sorry bang, saya tknk beli kerepek abg ni, lemau” terus dia tutup. Aiman gelak2 je pastu dia buka balik, muka zarul ni cool je macam takda apa apa berlaku. Aiman tanya” Ha apa hal ? Kau ni potong stim la rul, baru nk manja2 dgn awek aku tadi”. Zarul bersuara ” Kalau aku bgtahu kau satu benda ni kau jgn terkejut pulak eh ?” Aiman pun pelik dan bertanya balik “Penting sangat ke berita kau tu ? Penting lg awek aku tu haha” siap buat lawak lagi si aiman ni. Tapi Zarul sikit pun tk tergelak, Pastu Zarul bersuara ..

Pastu Zarul bersuara “Bawak mengucap banyak2 man, aku baru dapat berita yg awek kau eksiden 5 hari lepas, masa otw gi kolej kereta masuk gaung, tapi mayat dia baru jumpa semalam, Alhamdulillah dah selamat dikebumikan” Aiman ni seolah2 macam tk percaya apa yg dia baru dgr tadi “Kau ckp apa ni rul ? kau tk main2 kan ? habis tu dgn sapa lak aku skype tadi rul ? kau bergurau dgn aku kan rul ?” Aiman terus terduduk dan mula menitiskan air mata dia. Zarul ni diam je pandang bawah. Zarul terus bersuara “sabar man, kau kena banyak2 kan sedekah Al-Fatihah kat dia man, biar dia tenang dkt sana” Perasaan takut pada setan2 tu terus hilang. Aiman terdetik dalam hati nk tgk dgn sapa dia skype tadi. “Rul, kau teman aku gi bilik jap, aku nak tgk laptop” Zarul hanya mengangguk faham. Bila dia masuk je bilik, awek dia still dalam skype tu

Awek dia still dalam skype tu. Diorang pandang sesama sendiri lalu zarul bersuara “Apa kita nak buat ni man?” balas aiman “tu yang aku tgh nak fikir ni, aku ingat nk tunjuk surah yassin kt webcam tu biar dia terbakar! celah zarul “kau dah lupa eh ?” balas aiman “Lupa apa rul ?” balas zarul “Dalam rumah kita ni mana ada surah yassin man” sambil tepek tangan kt dahi. “Alamak, sorry aku lupa la, kau hafal ayat kursi tk ? surah yassin ke ? tanya aiman. “Kau silap tanya org ni man, aku dulu sampai iqra’3 je” balas zarul. Borak punya borak pastu awek dia dalam skype tu bersuara “Alah, takkan ayat kursi pun korang tk hafal ?” Berderau darah diorang masa tu. Aiman dah tk tahan lagi, perasaan dia hanya Allah saja yg tahu. Dia terus berjalan dan berhenti betul2 depan laptop dia. Dengan tiba2 dtg keberanian tu, si aiman bersuara “kau ni sapa sebenarnya ?”

“You dah kenapa ni ? I kan girlfriend u, kenapa ni ?” awek dia dlm skype tu bersuara. Zarul terus tarik tangan aiman dan ckp “Weh man, kau jgn percaya dia man, tu semua tipu helah dia je” aiman tk menghiraukan zarul dan dia bersuara “Awek aku dah meninggal, kau bukan awek aku!” aiman bersuara. Awek dia tiba2 menangis depan laptop sambil menutup muka “You lagi percaya kan zarul dari i ? sampai hati you, you tk ingat ke janji kita berdua?” Aiman tersentak lalu terus pandang zarul. “Eh man ni aku man, kau mesti ingat aku tipu kau en ? Kau tk ingat ke kita awal2 masuk rumah ni dulu ? kau ckp kt aku walau apa pun terjadi kau tetap bro aku, kau kena percaya aku man!” tegas zarul. Untuk memastikan ni betul2 zarul, aiman apa lg terus buka langkah silat gayung dia tu dah terus tumbuk zarul. Tapi sempat zarul pegang tangan aiman “Man mengucap man mengucap! Ni aku la gila! Kalau aku hantu camana pulak aku boleh pegang kau!” balas aiman ” ye tk ye jugak eh” tiba2 diorang serentak pandang ke arah laptop. Alangkah terkejut nya diorang melihat ..

Alangkah terkejutnya diorang tgk ada budak kecik perempuan betul2 kt depan laptop aiman. Dia berpakaian serba putih, rambut pendek, umur lebih kurang 5-6 tahun, mata kiri budak tu tertutup macam ada kesan jahitan dan tgh senyum kat diorang. Terasa nak gugur jantung di buatnya, diorang dah pucat. Tiba2 budak tu lompat sambil jerit arah aiman. Diorang apa lagi, terus lari macam the flash la cite dia, lari tk cukup tanah haha. Masing2 dah serik asyik kena kacau. Lebih2 lagi si aiman ni. Keesokan hari nya, aiman dan zarul pakat2 nak balik Malaysia. “Man aku rasa elok kita balik Malaysia la, at least kau boleh ziarah kubur awek kau” balas aiman “aku pun rasa benda yg sama, dari hari tu lagi aku nk balik Malaysia” muka zarul dah pelik, dia pun ckp “dari hari tu ? apa maksud kau man?”

“Dari hari tu ? apa maksud kau man ?” balas aiman “Kita kan ada member lagi 2 orang tu, kat bilik sebelah, kita bukan rapat pun dgn diorang, bercakap pun jarang sgt” balas zarul “Habis tu ? apa kena mengenanya ?” Balas aiman “Camni rul, minggu lepas masa tu kau pergi mana tah, tgh sedap main game bateri fon aku low, charger lak tetibe je rosak, pastu aku ketuk pintu bilik sebelah ingat nk pinjam charger, tapi takda org bukak” celah zarul dgn muka minat nak dgr “Pastu weh ?” balas aiman “pastu aku pun apa lg pakai nak buka je, tapi aku ada bg salam la, dah buka tu terkejut gua beb!” belum sempat habis cerita zarul dah mencelah “Apa kau nampak weh ? cerita la cepat!” balas aiman “kau nk aku cerita ? kau gi dapur amik air oren aku dalam peti sejuk tu jap” zarul pun terpaksa gi amik air tu. Dah amik air tu, zarul ni jalan la gi bilik dia. Tapi sempat dia jenguk2 pintu bilik sebelah tu, tiba2 “woi, cepat la bg aku air oren tu” terkejut beruk zarul. “Nah, amik air oren kesayangan kau ni” tanpa baca bismillah si aiman ni pun teguk sampai habis, haus agaknya. “Woi cerita la cepat! air aku dah amik” bebel zarul. Sambung aiman “Ok bila aku buka je aku nampak ..

“Ok bila aku buka je pintu aku nampak yg sorang ni tgh bersila atas lantai, tgh baca apa pun aku tk tahu, dan yang sorang lagi ni rul, aku tgk dgn mata kepala aku sendiri, aku nampak kaki dia tk jejak tanah tapi yg aku perasan, dua2 mata kiri diorang tertutup, macam ada kesan jahitan, sama macam yg kita nampak budak kecik tu punya mata” balas zarul “ish kau ni, biar betul man ?” masa tu diorang berbual kt bilik diorang sambil mengemas brg2 utk bawak pulang balik ke Malaysia. Masa tu pintu bilik diorang terbuka sikit, dan bilik diorang betul2 menghadap bilik lg satu tu. KREKK! dgn tiba2 pintu bilik depan terbuka. Aiman cepat2 tutup pintu terus cepat2 kemas brg dan pergi ke airport utk balik Malaysia. Diorang pun angkat brg terus tggu teksi di tingkat bawah. Tiba2 aiman ckp “weh rul, kau tggu jap, passport aku lupa nak amik lah” balas zarul ” ha cepat sikit, teksi dah otw tu” aiman pun berdesup lari, dia naik lift. Bila lift dah sampai tingkat 15. Aiman terus masuk rumah tu, terus dia selongkar almari cari passport dia. Pastu dia ada dgr bunyi macam suara org kt belakang dia.

dia pusing je belakang, dia nampak lelaki yg dari bilik depan tu berdiri betul2 depan bilik aiman. “You looking for this?” sambil memegang passport aiman. Aiman pulak dah terketar ketar nak amik passport dia tu. Zuupp! Aiman terus rampas passport dia dari mamat tu dan terus lari menuju ke pintu. Tapi sempat dia lagi pandang belakang, dia nampak 2 lelaki dari bilik depan tu dan sorang budak kecik perempuan yg dia nampak dgn zarul tu sedang senyum dan melambai2 ke arah dia..

Si aiman terus ckp “aku nk balik pun kau nk kacau lagi” akhirnya sampai pun dkt lift. “aduh cepat la cepat la” Ting! Aiman cepat2 masuk lift. Lift tu macam nk tknk je turun, lambat bukan main. Ting! lift berbunyi, sangkaan aiman lift tu berada di tingkat G, tapi rupa2 nya dia berhenti tingkat 10. Alamak! jangan la jadi apa2. Tiba2 sorang budak kecik perempuan masuk, aiman tknk pandang muka dia. Bila budak tu pandang dpn baru aiman pandang dia drpd belakang. Dkt bahu dia ada towel, sangkaan aiman mungkin bdk ni nak mandi swimming pool la kot. Tapi bila di fikir balik, eh takkan la sejuk2 camni nk mandi swimming pool. Aiman tgk je kt screen lift tu, yelah takut agaknya nk tgk budak tu. 8..7..6..5..4..3..2..1..G masa lift bunyi ting tu, serentak kepala budak tu pusing 180 darjah, tapi badan dia menghadap pintu lift, dia pandang aiman sambil senyum. Bagus hantu ni kuat sedekah asyik senyum je. Aiman apa lg “MAK! TOLONGG!!” terus lari keluar dr tempat tu. Zarul tgk je aiman ni sedang lari ke arahnya. Teksi masa tu dah sampai dah. Zarul ckp “apahal pulak kali ni man?” balas aiman “nanti aku cerita la, jom2 cepat gerak” Diorang cepat2 naik, masa otw gi airport ni aiman pun cerita. Si zarul ni hanya menggelengkan kepalanya. Dalam hati aiman “Geleng2 kepala tkpa rul, jangan kau geleng sampai terpusing 180 darjah sudah” Diorang pun sampai ke airport dan menuju ke Malaysia. Ok lepas ni cerita kt Malaysia pulak

Setelah berjam2 di dalam kapal terbang sampai juga di KLIA. Zarul menghidu puas2 udara segar Malaysia “Ahh, lamanya aku tk bau udara segar KL ni” balas aiman “Jap aku ada bau satu benda ni la rul, kau tk bau ke ?” muka zarul macam panik “Bau apa man ?” balas aiman “Bau GST haha” balas zarul “cehh, aku ingat apa la tadi. Diorang diam seketika, lalu zarul bersuara “Kau balik naik apa ni man?” balas aiman “Kakak aku amik, jom la follow sekali, rumah kita satu jalan je pun” balas zarul “Ha! Cantek sgt la tu, parents aku pun dah tidur, nak harapkan abg aku mmg tk la dia nk amik, keluar dgn awek je memanjang” Aiman hanya tersenyum, dalam masa yg sama dia teringat kan arwah awek dia. “Ha, tu kakak aku dah sampai, jom la rul” Diorang pun naik kereta dan meninggalkan KLIA. Tetibe kakak aiman bersuara “eh korang bukan patutnya habis belajar tahun depan ke?” aiman balas “eh kitorang tgh cuti 3 bulan la kak” Aiman terus pandang zarul sambil kenyit mata, zarul menggangguk faham. Kakak aiman tanya lagi “3 bulan cuti ? lama gila, akak dulu 2 bulan je bla bla bla …” aiman mencelah “Dah kak diam, kitorang letih la, tetibe akak dah bebel2 pulak hm” kakak aiman “yelah, akak rindu kat adik kakak sorang ni” Aiman hanya menjelir lidah dkt kakak dia. Zarul dari tadi perati je perangai dua beradik ni, terasa comel pun ada hehe. Sampai je kat rumah zarul aiman bersuara “weh rul, esok teman aku gi kubur eh?” balas zarul “Ok man esok pape kau roger je aku”

Diorang pun gerak balik. Dari rumah zarul,nak ke rumah aiman tk jauh pun. Kalau jalan kaki ni 15 min je sampai. “Akhirnya, home sweet home!!” jerit aiman. “Shhh!, mama dgn papa tgh tidur tu, terbangun satgi org tua tu” kakak aiman buat pandangan maut. Aiman hanya tersengih sambil garu2 kepala.

Keesokan hari nya pukul 8.30 aiman dah bangun, terus dia call si zarul ni. “Rul, kat mana ? Boleh tk teman aku gi kubur ni ?” balas zarul dgn suara mamai dia tu “Hm boleh2, pukul brp tu?” balas aiman “Pukul 10 kita gerak, aku amik kau, Ok?” balas zarul “orait2, dah otw call aku kbye”. Aiman terus mandi siap2 pakai baju melayu semua. Baru je keluar bilik dia dah dgr suara sgt dia kenal, mak dia. “Alahai rindu nya kat anak mama sorang ni, bila balik man ?” mak aiman terus peluk dia. “Rindu mama jugak, semalam baru sampai, kakak amik. Mana papa ? wah ada nasi lemak dapnye hehe” Mak aiman hanya tersenyum lalu bersuara “Papa kamu tu pagi2 dah keluar, meeting katanya. Ni mama dgr girlfriend kamu accident ? kamu jgn sedih ye man mungkin Allah lg syg dia, doa kan utk dia” aiman hanya tersenyum, yelah dia tknk tunjuk yg dia tgh sedih. Dia pun apa lg terus bedal nasi lemak tu, yelah kt negara luar mana ada nasi lemak, lagi2 mak dia masak. Habis je makan aiman bersuara “Ok la ma, aiman nk ziarah kubur dgn zarul ni, pergi dulu eh ma” Aiman bersalaman dgn mak dia, terus dia keluar start kereta dan pergi amik zarul.

Sampai je kt kubur, diorang amik apa yg patut, surah yasin dan air mineral. Lalu aiman bersuara “Weh rul, aku nk mintak maaf la pasal aku nk tumbuk kau haritu, yelah mati2 aku ingat kau hantu. Sorry ye” zarul hanya tersenyum pastu dia ckp “Eh takpa2 aku faham sgt perangai kau camana, yelah aku kenal kau dr kecik man, dari kita kumpul guli, kita kumpul batang aiskrim paddle pop, tapi yg paling penting kakak kau cun hehe” Aiman terus ketuk kepala zarul, ke situ pulak dia ni. Habis je sesi baca yassin semua, masing2 pun nak balik. “Ok rul, jom la kita balik, aku tknk bersedih lg, apa pun thanks la sbb teman aku ni, lagi satu thanks sbb kau banyak tolong aku selama ni” balas zarul “Apa guna kawan man, apa2 pun banyak2 kan sedekah alfatihah kt dia supaya dia tenang kt sana” diorang pun naik kereta dan balik ke rumah masing2. Ok ending dah nk dkt, tapi belum habis lg, esok sambung

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam, aiman tgh baring dkt sofa sambil tgk astro. Keadaan dalam rumah tu sunyi sepi je. Mak si aiman ni pukul 9 lagi dah tidur maklumlah satu hari kemas rumah, letih katanya. Papa dia kt overseas, dah jadi boss besar la kata kan, tu yang asyik ke luar negara je. Tetibe tekak ni haus pulak, si aiman terus pergi ke dapur utk mengambil air oren kesayangan dia tu. Lepas dia on swis lampu tu, tiba2 dia tgk ada org kt meja dapur dia, tgh makan. “Eh kakak, kenapa makan dalam gelap ni ? Malam2 makan boleh gemuk tau, kata nak diet” Kakak dia terus stop makan dan terus bangun tanpa bercakap sepatah pun terus masuk ke bilik. Tapi sempat lg kakak dia pandang aiman mcm tk puas hati. Aiman ckp dlm hati “Amboi garangnye kakak aku ni, gaduh dgn boyfriend lah tu” dia kenal sangat perangai kakak dia tu, asal gaduh dgn boyfriend je dia makan utk hilang kan stress. Ah lantak la dia, terus aiman sambung tgk tv. Lepas tu dia ada dgr macam org hempas2 brg dlm bilik kakak dia. Em sah gaduh dgn boyfriend ni! Aiman tk pedulikan bunyi tu, sbb tgh layan tgk movie. Lepas 20 min tu, tiba2 ada org tekan loceng. Sapa pulak malam2 camni tekan loceng ? Zarul ke ? Dia bangun dari sofa dan terus berjalan menuju ke pintu. Lepas aiman buka je pintu dia terus tergamam “Aiman! sorry kacau malam2 camni, dah tidur ke ? Kakak lupa nak bawak kunci la, sorry eh”

Muka aiman dah pucat tk tahu nk ckp apa, terus dia amik kunci dan buka pintu. Lepas tu baru dia bersuara “Err.. Kakak bukan ke baru masuk bilik tadi ?” Muka kakak aiman mcm buat dgr tk dgr je, lepas tu dia ckp “Apa kau merepek ni dik oi ? kan akak baru sampai ni, dah la malas akak nak layan kau, letih ni goodnight!” cepat2 aiman tutup pintu dia. Terus dia berlari pergi ke bilik kakak dia. Eh ? kemas pulak bilik dia ni, tadi aku dengar macam ada org hempas2 barang. Meremang bulu roma aiman masa tu. Aiman cepat2 tutup tv terus dia masuk ke bilik dia dan cuba untuk tidur. Tapi matanya tk boleh nk pejam sbb dia dok fikir sapa la tadi kt dapur tu. Dia teringat masa dia belajar kat Russia dulu, eh takkan la benda tu follow aku sampai Malaysia ? Jauh betul dia merantau. Ah sudah! fikir punya fikir entah macam mana dia boleh tertidur. Dia terasa seperti ada org tolak2 badan dia lepas tu dia dengar “Weh man, bangun man, bangunn!!” aiman tersentak, lagi sekali aiman tergamam

“Weh man, bangun man, bangunn!” aiman tergamam. Eh dah pagi rupanya “Weh zarul, camana kau boleh ada kt bilik aku ni ? Asal bunyi bising kt luar tu rul ?” balas zarul dgn tercungap2 “Kakak kau man, kakak kau!” aiman terus bangun dari katil terus dia bersuara “Asal ? Asal dgn kakak aku rul ?” balas zarul “Kakak kau kena rasuk, penat aku pegang dia dr tadi, kuat betul dia!” Aiman tanpa berckp apa2 terus dia lari keluar bilik. Terkejut dia, kakaknya sedang menarik rambut sendiri sambil menjerit2. Jiran yg lain terus pegang kuat kakak dia. Mak aiman pulak dah menangis2 dari tadi, dia bersuara “Tolong anak saya, tolong anak saya, call ustaz!” Aiman cepat2 dapat kan maknya dan terus tanya “Kenapa ni mama ? Kenapa kakak tetibe jadi macamtu ?” balas mak aiman “Tadi masa mama baru bangun, mama gi dapur ingat nk masak, lepas tu mama dgr kakak jerit2, lepas tu dia pegang pisau macam nk tikam mama, mama terus lari pergi ke pintu, nasib baik ada kawan kamu si zarul tu, dia terus masuk dan pegang kakak, sambil tu mama panggil jiran2 yg lain” Aiman menenangkan mak dia. 10 minit lepas tu ustaz sampai. Nama dia ustaz Amran, dia mmg terkenal dgn mengubat org kena rasuk ni. Mak aiman terus lari ke arah ustaz tu “Ustaz, saya merayu tolong selamatkan anak saya” Mak aiman merayu2, balas si ustaz ni “Sabar puan saya akan cuba sedaya upaya utk selamat kan anak puan” Kalau korang pernah tgk org kena histeria ni, memang tenaga diorang kuat semacam.

Aiman dah tk tahan melihat kakak dia macam terseksa, terus dia pergi kt kakak dia. Jiran2 yg lain pegang kakak dia. Aiman terus mengusap lembut rambut kakak dia sambil bersuara “Kakak kenapa ni kak ? Jangan macam ni, aiman sayang kakak tau, semua org kt sini syg kakak” mengalir air mata aiman masa tu. Tiba2 kakak dia tenang kembali, masa tu rambut kakak dia semua naik, mata dia semua putih takda biji mata yg warna hitam tu, bibir pecah2. Semua dah pelik. Eh camana elok balik ni, terus kakak dia pusing ke arah aiman dan bersuara “Kakak kau dah lama mati, sekarang badan ni milik aku!”

“Kakak kau dah lama mati, sekarang ni badan ni milik aku” Ustaz ni apa lagi, dia terus genggam beras, terkumat kamit ustaz ni baca ayat suci Al-Quran terus dia baling tepat kat muka kakak aiman. Kakak dia apa lg terus mengerang kesakitan, tapi dia still degil lagi. Ustaz tu baca punya baca akhirnya setan tu mengalah. Alhamdulillah lepas 15 min kakak dia dah mula sedar tapi badan dia lemah. Nak bangun pun dah tk larat, duduk je yg mampu. Semua jiran2 pun dah balik. Ustaz terus pergi ke aiman dan bersuara “Saya tahu apa yg terjadi sebenarnya, kalau kamu ada terambil brg jin ni sila pulang kan balik, kalau tk lebih bnyk lg perkara akan berlaku” Aiman hanya mengangguk, dia terdetik dalam hati mana pulak dia ada amik brg apa2. Ustaz pun terus balik. Mak si Aiman ni sedang usap2 kepala kakak dia. Aiman terus tanya Zarul “Weh rul, camana kau boleh ada kt rumah aku ? Pagi2 pulak tu. Balas zarul “aku mmg bangun awal pun, sbb ingat nk jogging, tiba2 aku dapat msg kau ni” zarul terus amik phone dia dari poket dan terus tunjuk kt aiman (Awek aku dah mati, mungkin lepas ni turn kau ?) aiman tergamam terus dia ckp “Aku tk hantar msg ni rul, sumpah aku tk hantar!” zarul terus letak tangan dia kt bahu aiman “Takpa man, aku percaya kau. Tapi en takkan la benda yang dari Russia tu dtg sini ? Jauh betul, dia ingat dia merantau warrior ke apa!” tiba2 pasu sebelah tv tu jatuh pastu pecah. Semua terus pandang sesama sendiri. Halamak!

Zarul terus bersuara “Err.. kalau tkda pape aku balik dulu la man” tanpa bersalaman cepat2 zarul pakai selipar dan cabut. Hm hampeh tul zarul ni. Aiman terus pergi kt kakak dia. “Kakak dak ok ke ?” balas kakak dia “Hm boleh lah, tapi badan ni still sakit2 lagi” Aiman pun terus tanya ” Sebenarnya apa yg terjadi kak ? Knp kakak tetibe meracau tk tentu pasal ?” Kakak dia pun jawab “Semalam masa kakak balik tu, lepas dah mandi apa semua kan, ingat nk main laptop jap nk buka FB, tiba2 kakak rasa mcm ada org tiup kt sebelah telinga kakak, bila kakak toleh belakang, terkejut akak man masa tu, akak nampak budak kecik atas katil kakak, yg akak perasan mata kiri budak tu tertutup macam ada kesan jahitan, lepas tu mata kakak terus gelap” Aiman terus

Terbeliak mata aiman masa tu, “Ah sudah mmg betul la benda yg sama terjadi masa kt Russia dulu. Tapi camana benda tu boleh sampai kt sini ? Ke aku ada teramik barang dia ? Tak pun benda tu ikut aku naik kapal terbang ? Ish takkan la sampai camtu skali” aiman ckp dlm hati. Tiba2 kakak aiman tanya “Apahal pucat ni dik ? Okay tk ?” balas aiman “em.. takda apa la kak, jap eh nak gi bilik amik handphone” kakak dia hanya mengangguk. Aiman terus jalan laju menuju ke bilik dia dan keluar kan semua brg dalam bag dia. Dia terkejut sbb ada 2 passport. Satu passport dia dan satu lg tu .. tk tahu passport sapa. Tiba2 dia teringat yg masa dia nak balik Malaysia tu, dia ada amik passport dari budak yg satu rumah dgn dia. Mungkin masa dia amik passport tu, budak tu bg sekali dia punya. Sangkaan aiman macam tu la. Terus dia call zarul, Aiman pun cerita la apa yg jadi kt kakak dia pasal budak kecik perempuan tu, lepas tu dia cerita pasal passport tu skali. Zarul balas “Man aku rasa kau bakar je la passport tu, mungkin lepas tu benda tu dah hilang ke ? Kau try je dulu, aku busy ni” balas aiman “Okay2 nanti pape aku call kau” Aiman ni apa lagi, terus amik passport tu dan terus nak bakar. Tapi dia buka dulu passport nk tgk sapa owner dia. “Eh ni passport aku, selamat tk bakar” dia masuk dan amik passport lg satu tu, bila dia buka je. Nama dia susah nak di sebut, tapi yg pelik nya, gambar tu hanya muka telinga dan rambut je. Takda mata, mulut dan hidung. Seram sejuk kalau tgk lama2.

Aiman terus lari keluar rumah dan bakar passport tu, lepas dah bakar tu yang pelik nya gambar yg takda muka tu sikit pun tk terbakar tapi passport dah jadi abu. Terus dia amik gambar tu, dia pergi dkt longkang besar depan rumah dia, terus dia buang. Sambil tu dia ckp “Pergi main jauh2”

Keesokan harinya seperti biasa mak aiman bangun pagi2 untuk masak. Kakak dia terpaksa amik mc sbb badan still lemah lagi. Bapak dia macam biasa lah kt overseas, 2 bulan lg agaknya baru balik. Aiman bangun dari tidur terus mandi2 pastu makan. Lepas dah makan2 semua nk apa lg kan, terus pergi depan rumah dan hisap rokok. Pastu dia terdetik dalam hati nk tengok kt longkang depan rumah, nak tahu gambar passport yg semalam dia buang tu dah hanyut ke belum, yelah mana lah tahu tiba2 tersangkut kt celah2 dahan ke, tapi kalau fikir logik memang dah hanyut pun sbb malam semalam hujan lebat. Bila dia tengok je, HA! betul la tu dah hanyut, lega rasanya. Tiba2 mak dia panggil dgn suara yg agak kuat “Man, sini jap!” aiman terus buang rokok dia dan terus masuk ke rumah. Aiman tanya “Apa dia mama ?” Mak dia sedang tengok gambar2 dalam album lama diorang. “Ni gambar sapa eh man ? Kamu ada letak dalam album ni ke ? Mama rasa mama tkda letak pun, kakak kamu pun ckp dia tk kenal” sambil menunjuk kan gambar tu kt aiman. Terduduk aiman masa tu, dah tk tahu nk cakap apa. Hanya minda yg berbicara, elehh “Aduh camana pulak gambar ni boleh ada dalam album aku ni ? Bukan ke aku dah buang semalam ..” Mak dan kakak dia mcm dah syak sesuatu, yelah bila dia tanya aiman apa2, samada dia jawab “takda pape” tk pun diam je. So nk tknk aiman pun cerita la A-Z dkt mak dan kakak dia. Semua dah tk tentu arah, tk senang duduk la senang cerita. Sebab tu la dia malas nk cerita, dia tahu mesti jadi camni.

Mak aiman terus call ustaz Amran dan terus jumpa dia. Sampai je kt rumah ustaz, aiman terus cerita apa yg berlaku kt dia selama ni, ustaz tu hanya menggelengkan kepalanya. Ustaz Amran bersuara “Macam ni lah, nk tknk kamu kena hantar juga gambar ni balik dari tempat yg kamu amik sbb takut jadi apa2 lagi kan” Diorang pandang sesama sendiri. Jauh tu nak hantar balik! Duit nk beli tiket tk jadi masalah, aiman ni anak org berada. Tapi takkan la nk hantar sorang2 ? Mak dan kakak dia mmg awal2 lagi tk berani nk follow. Nak tknk dia kena ajak Zarul. Dia terus call zarul “Weh rul minggu depan kau free tk ? Ada hajat sikit ni ” balas zarul “kalau ikut kan jadual aku free je man, asal ?” Aiman terus cerita apa yg berlaku sebenarnya. Dan dia ckp lagi “Kau jgn risau la rul, duit tiket pergi balik aku support” lama jugak nk tggu dia respon, akhirnya “Hm boleh la man, kita kena kacau tu sekali en, so kita kena settle kan benda ni pun sekali la jgk, tapi sebagai upah aku nk kahwin dgn kakak kau! haha” balas aiman “Eh lebih2 pulak kau ni, kakak aku tu tknk kahwin pun la dgn kau .. ” tiba2 kakak aiman bersuara “Eh apasal nama kakak keluar pulak ni ?” aiman terus ckp “Err .. tkda apa la kak, zarul ni ajak gurau pulak” kakak dia mcm tahu2 je zarul ni suka kt dia. Dia hanya tersenyum kambing. Aiman tahu zarul hanya bergurau, tapi dia tahu dalam gurau tu ada betulnya. Dia mmg tahu pun si Zarul ni syok kt kakak dia. Kalau ada jodoh, ada la tu. Ah lantak lah! ni bukan cerita cinta pun

Seminggu lepas tu, diorang pun siap2 dan nk gerak ke Russia. Mak dia nasihat agar berhati2, dia hanya tersenyum. Kakaknya hantar aiman dan zarul ke airport. Lalu kakaknya bersuara “Korang elok2 tau kt sana, apa2 call kakak” balas aiman “Yela kak, jgn risau. Yang kau ni kenapa senyum sorang2 rul ?” celah kakak aiman “Tu lah, awak okay ke tk Zarul ?” balas zarul “Err.. okay je la, takda pape pun” Aiman terus sambung “Ke.. sebab kakak aku hantar ni ?” Zarul terus tumbuk lengan Aiman. Aiman gelak2 je, muka zarul dah merah masa tu. Kakak aiman pulak mcm buat dgr tk dgr je. Akhirnya sampai gak kt airport, diorang terus buka bonet, angkat beg masing2 dan terus gerak. Tapi sempat lg zarul pandang belakang nk curi2 pandang kakak aiman, dalam hati dia “Mana lah tahu ni kali terakhir aku pandang dia” Kakak dia pandang balik dan terus kenyit mata kt Zarul pastu terus gerak. Zarul terus terkaku, halamak cair gua beb! Eleh baru kenyit mata je pun, kalau dah angau camtu la jadi. “Weh cepat la!” zarul tersentak. “Err.. jap man, nak ikat tali kasut” nak coverline pulak. Balas aiman “Tapi kau pakai kasut sarung rul ..” balas zarul “Dah2 jom gerak” Aiman perati je zarul ni. Lama jugak la dalam kapal terbang tu, bila dah sampai sana diorang terus naik teksi dan terus pergi ke rumah lama diorang tu. Okay sekarang ni diorang betul2 berdiri depan bangunan tu. Zarul bersuara “Kau dah bersedia ke nak naik ni man ?” balas aiman “Ni Aiman lah! Jom kita naik sekarang”

Diorang pun berjalan menuju ke bangunan tu dan masuk. Lepas da masuk je zarul bersuara “Weh man jap tau, aku nk terkencing ni, dr tadi aku tahan” balas aiman “Hm yela cepat sikit tau!” zarul terus berlari ke tandas, tk tahan sangat agaknya. Kat level G tu ada tandas berdekatan dgn swimming pool. Lepas 5 min tu zarul keluar dia bagi isyarat tangan suruh gerak. Diorang pun naik la lift. Sampai je depan pintu tu aiman bersuara “Zarul, kau gi la buka pintu tu, jgn lupa bg salam skali” balas zarul “Apasal aku pulak ? Tadi kau yg berani sangat” tk pasal2 diorang gaduh pasal nk buka pintu je pun. Tiba2 pintu tu terbuka sendiri, aiman dah menggelabah tapi zarul rileks je. Berani kot dia ni. Diorang pun terus masuk ke rumah tu, bau dalam rumah tu tkyh ckp la busuk gila kot. Zarul bersuara “Aku rasa ada orang berak tk basuh la” Aiman terus tumbuk lengan zarul “Mulut tu cuba jgn celupar sangat, dia berak kt muka kau baru tahu!” Zarul senyum je. Diorang terus masuk kt bilik lama diorang, nak check kalau2 ada brg diorang tertinggal ke. Tiba2 BOOM! pintu rumah tu tertutup sendiri, terkejut dia tkyh ckp la, macam nk tercabut jantung ni. Aiman ni cepat panik sikit, terus dia berlari ke arah pintu tu dan nk keluar. Tapi apakan daya tombol pintu boleh tercabut pulak, aiman terus maki2 tk tentu pasal “Kepala otak dia, jangan main2, tk kelakar la!” zarul ni dari tadi tengok je aiman. Dgn tiba2 nya pintu bilik lg satu tu terbuka, aiman terus peluk zarul dgn kuatnya

Aiman bersuara “Weh zarul apa kita nak buat ni ?” Zarul diam je, terkencing dlm seluar kot budak ni. Lagi sekali aiman bersuara “Weh kau pergi la intai kt bilik tu cepat, aku takut ni!” sambil menolak2 badan zarul. Tiba2 zarul terus jatuh macam org baru lepas kena heart attack. Alamak pengsan ke apa dia ni, aduh time2 ni la kau nk pengsan “Weh zarul bangun lah! Jangan tinggal aku sorang2 camni, please bangun!” masa tu badan zarul meniarap, mukanya ke arah lantai. Bila aiman pusing je badan si zarul ni.. hm tk tahu la nk cakap apa lagi. Nak nangis pun ada gak.

Nak nangis pun ada gak. Tu bukan zarul! tu antara salah sorang roommate dia dulu. Okay kali ni aiman betul2 dah terkaku, dia merangkak ke hujung penjuru dinding. Badan dah habis menggeletar masa tu, sampai terkeluar air mata, tiba2 je badan yg menyerupai zarul tu terbangun. Dia terus pandang aiman, kemudian perlahan2 dia merangkak menuju ke arah aiman. Masa tu dia dah tk tahan lagi, dia tutup muka dia dgn tapak tangan, dan satu2 surah dia baca. Itu je yg mampu dia lakukan. Tiba2 ada org ketuk pintu, perlahan2 aiman muka mata dia, benda tu dah hilang. Dia terdengar suara dari luar rumah “Man! Kau kt dalam ke ?” suara yg cukup dia kenal. “Tolong aku zarul! kau pecah je pintu tu, tombol dia dah tercabut, cepat!”. Tak sampai 10 saat, pintu tu betul2 pecah. Dia nampak zarul dan beberapa org betul2 kt depan pintu. Polis pun ada skali. Aiman still terduduk kt situ, sbb dah terlampau terkejut la kot. Zarul terus lari ke arah aiman. “Man kau ok tk ? pandang aku man, kau ok tk ?” balas aiman “Aku ingat tadi kau yang naik dgn aku” lepas tu dia terus nangis. Zarul terus tarik lengan aiman “Dah2 bangun, takda apa dah jgn risau aku kt sini, semua dah settle” Polis terus buka pintu roommate diorang tu, bau dia tkyh ckp, bau bangkai. Rupanye ada 3 mayat kt dalam bilik tu, betul2 kt bawah katil. 2 lelaki satu perempuan, mayat tu dah reput. Mati sbb apa tk tahu. Ada org ckp kena bunuh dgn bapa sendiri, seram sejuk aiman sgn zarul. Selama ni dia duduk dgn mayat rupanya.

Aiman cepat2 keluarkan gambar passport dari beg dia dan letak kt depan bilik tu. Zarul tanya “Kau dah ok ke ? kau nk balik malaysia hari ni ke apa ?” balas aiman “ok la sikit, kita balik esok la, letih!” balas zarul “kita nak tidur mana malam ni ? Airport ke ? aku ok je mana2” balas aiman “eh tak2 aku dah booking hotel jangan risau la” Zarul tersenyum “Lahh aku ingat betul2 tidur airport tadi, saja pancing hehe” aiman terus bersuara “Come on lah! Anak Tan Sri tk tidur airport ok! l” Diorang gelak2, zarul lega sbb aiman tk lagi takut2.

2 Tahun Kemudian (Penutup)
Lokasi Rumah Aiman

“Sarah” namanya di seru. Tapi dia leka hadap laptop dia. Tiba2 aiman datang terus tepuk bahu dia “Oi kak, papa panggil tu, pergi la” kakak dia still tk berganjak dari tempat duduk. “SARAH!” lagi sekali nama dia di seru. Kali ni baru dia pergi. “Apa dia papa ? Sarah sibuk ni” Bapak dia terus bersuara “Tinggal la dulu kerja tu, esok hari besar Sarah tau, pergi tidur dulu, Aiman pun boleh tolong buat kerja tu” yela aiman dgn kakak dia amik course yang sama. Aiman terus mencelah “Ah! memang tk ah” kakaknya menjelir lidah kat Aiman. Tan Sri Khaleed hanya tersenyum. Keesokan harinya, suasana dlm rumah aiman mmg ramai. Yang lelaki pakai baju melayu dan yg perempuan baju kurung. Kamera2 di susun rapi. Tiba2 seorang wanita keluar dari bilik bawah “Cantiknya kakak” tegur aiman. Tk berkelip mata zarul bila dia pandang sebatang tubuh langsing, berkebaya biru bersulam benang emas, dgn kulit putih kemerahan, rambut ikal mayang paras pinggang. Lalu wanita tu terus pergi ke arah zarul “Awak, okay tk saya pakai camni ?” Zarul tersenyum lalu dia bersuara “Bidadari pun tk dapat melawan kecantikan awak” Tersipu malu dibuatnya. Kelihatan ramai org yg tgh buat, ada pula yg baru dtg. Zarul memimpin tgn yg baru bergelar isteri dia tu ke khemah menjamu selera. Aiman terus mengambil kamera Nikon nya tu dan bersuara “Okay Zarul senyum sikit, kakak pun rapat la sikit, dh jadi isteri org pun malu2 lagi” Zarul bisik kt Sarah “Kalau jodoh tk kemana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *