Lelaki Belasah Kekasih Online Selepas Terkejut Lihat Wajah Sebenar

Posted on
gadis wechat


Seorang lelaki di China menghabiskan ribuan ringgit untuk bertemu teman wanita yang dikenali di dalam alam maya tetapi kecewa kerana wajah wanita tersebut tidak sama seperti yang dilihatnya di dalam internet.


Mereka telah berkenalan melalui aplikasi sosial WeChat sebulan yang lalu di mana si lelaki, Huang, berasal dari Harbin di Timur Laut China, manakala wanita itu, Xiaojin, adalah dari Suzhou dan bekerja di Wenzhou Bridge.


Xiaojin sebelum ini telah menghantar gambar kepada Huang beberapa keping gambar wanita muka berbentuk bujur, mata besar dan kulit cerah menyebabkan Huang memutuskan untuk bertemu dengan dia.


Huang yang teruja menghabiskan beberapa ribu dolar terbang ke Wenzhou untuk memenuhi kehendak buah hati beliau itu tetapi apabila berjumpa beliau hanya ternganga dan terkejut apabila melihat buah hatinya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *