Beli Nombor Plat AKU BOSS Dengan Harga RM74,000, Pemilik Mahu Jual Balik Dengan Harga RM400,000

Posted on

IPOH, 13 Sept ― Pemilik nombor pendaftaran baru AKU 8055, atau “AKU BOSS”, yang membida dengan harga RM74,000 berhasrat menjualnya RM400,000.

Beli nombor plat AKU BOSS dengan harga RM74,000, pemilik mahu jual balik dengan harga RM400,000

Beli nombor plat AKU BOSS dengan harga RM74,000, pemilik mahu jual balik dengan harga RM400,000

Ch’ng De Wei mendaftarkan nombor itu pada motosikal jenis Demak EX 50 dan akan menjualnya dengan harga tersebut kepada yang berminat, lapor Kosmo!.

Setakat ini pihak yang mencari penjual hanya menerima tawaran tertinggi RM300,00 dan yakin ada pihak yang berminat membelinya.

“Dari awal lagi ahli perniagaan berkenaan sememangnya bercadang untuk menjual kembali nombor plat itu bersama motosikal pada harga RM400,000,” kata Bob.

Tambah jurucakap itu, sejak plat itu diperolehi Julai lalu, kira-kira 10 pemanggil mahu memilikinya tetapi belum ada yang sanggup membayarnya.

“De Wei telah menetapkan harga kekal bagi plat tersebut dan dia yakin pasti ada yang mahu mendapatkannya walaupun dengan harga mahal,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *